Tuesday, 22 November 2016

BPSM, Sitiawan (Intro)


Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan
No 137, Jalan Sehtera 4, Medan Sejahtera
32000, Sitiawan Perak
(No. Tel : 05-6913424)


Penubuhan blog ini adalah untuk membantu pelatih-pelatih insan istimewa (OKU) untuk mendapatkan sumbangan. Selain daripada itu, kami juga membuat amal kebajikan untuk mereka. Di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan, kami ada membuat jualan bundle dan kraftangan hasil kerja dari insan istimewa ini. 

JUALAN BUNDLE

- Pakaian wanita, baju kurung, pakaian lelaki, seluar, pakaian kanak-kanak, CD, anak patung dan sebagainya. 

JUALAN KRAFTANGAN 

- Alas kaki (besar / kecil), anak patung (soft toy), sarung kotak tisu (crosstitch), bell box, bakul sampah mini, beg duit, sarung air botol, keychain (crosstitch), crosstitch canvas, klip rambut, bantal ulat dan kraf buatan dari kayu.

Sekiranya ingin memberi sumbangan seperti barangan terpakai / keperluan, kasut / beg, perabot lama, barangan plastik atau pakaian boleh hantar ke bengkel. Dan jika ingin memberi sumbangan berupa wang ringgit boleh juga disalurkan ke akaun RHB Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan. No Akaun : 20821200013922. 

Segala sumbangan dari pihak orang ramai amat kami hargai dan berterima kasih. Mari kita sama-sama membantu insan istimewa ini. 

No comments:

Post a Comment